Solat Bagi Orang Sakit Anggota Badan
Solat Bagi Orang Sakit Anggota Badan Soalan saya mengalami ( mengidap ) sakit saraf dan sendi dimana saya tidak dapat melakukan sujud dan duduk antara dua sujud dengan sempurna dan selalunya tidak dapat melakukan rukun itu sama sekali sebagaimana yang diperaturkan. Maka buat masa ini saya solat semasa sampai kerukun rukuk , sujud dan duduk antara dua sujud serta duduk tahyaat saya duduk diatas kerusi sahaja. Adakah cara ini dibolehkan dan betul caranya ?
Jawapan Cara anda mengerjakan solat adalah menepati kehendak Syariah. Cuma apa yang perlu diingatkan ialah bagi solat fardu, jika anda mampu untuk berdiri maka anda perlu mulakan solat (takbir yang pertama) dalam keadaan berdiri. Jika anda memulakan solat tersebut dalam keadaan duduk, maka solat yang dikerjakan adalah tidak sah. Hal ini kerana berdiri adalah syarat sah bagi solat fardu (bagi mereka yang mampu berdiri). Walau bagaimanapun, keadaan ini bersalahan dengan solat sunat. Jika solat sunat, ia boleh dikerjakan dalam keadaan duduk walaupun tidak ada sebarang keuzuran. Wallahu'Alam