Arnab amat dihormati oleh kebanyakan binatang di dalam hutan. Namun di sebuah hutan di Myanmar,arnab tidak begitu disenangi oleh seekor katak. Sang katak sering mencari pelbagai jalan untuk mempersendakan Sang Arnab supaya ditertawakan oleh haiwan-haiwan yang lain di dalam hutan itu.
Pada suatu hari,sang Katak bersembunyi di balik seketul batu. Apabila melihat Sang Arnab hendak melintasi kawasan itu, sang Katak terus menyergahnya dengan kuat sekali.
"Oing!! oing!!"
sergahan tersebut telah membuatkan sang arnab melenting ke udara, kemudian terguling ke tanah semula. Kemudian, sang arnab berlari sekuat tenaganya. Ketika berlari, sang arnab terlanggar akan sebiji labu. labu itu pun bergolek menuruni cerun. labu itu kemudiannya terlanggar akan pohon lenga pula. sebaik saja dilanggar oleh labu itu, maka biji-biji lenga pun bertaburanlah.
ketika itu seekor burung pagar sedang beterbangan di situ. tiba-tiba mata burung pegar dimasuki biji-biji lenga yang bertaburan dibawa angin. keadaan ini menyebabkan burung legar tidak dapat melihat. burung legar pun bertenggek di atas sebatang buluh. tiba-tiba buluh itu patah lalu menghempap ular yang sedang tidur. ular itu amat terkejut lalu dengan pantas menyusuri jalan hingga terlanggar akan seekor babi hutan.
babi hutan yang sedang menikmati buah timun ketika itu begitu marah akan tindakan ular itu. akibat dilanggar oleh ular tersebut, maka timun yang sedang digigitnya itu terlepas lalu jatuh ke dalam sebuah lubuk.
Di dasar lubuk itu tinggal seekor naga yang sangat bengis. Pada masa itu sang Naga sedang nyenyak tidur. Bunyi timin yang jatuh telah mengejutkan Sang Naga daripada tidurnya. Sang Naga terus bangun dengan perasaan geram. Maka terpandang olehnya akan timun yang tergolek di hujung kepalanya.
“Aku akan membunuh engkau... !” kata Sang Naga kepada timun dengan bengis sekali.
“Wahai tuan! Wahai tuan!” Kata Si Timun. “Saya tidak bersalah. Sang Babi Hutan yang menolak saya hingga jatuh ke sin,”
Apabila mendengar kata-kata Si Timun itu,maka Sang Naga pun keluarlah dari lubuk itu untuk mencari babi hutan. Sebaik saja bertemu dengan babi hutan,Sang Naga pun berkata dengan marah sekali,"Akan kubunuh engkau...!
Wahai tuan! Wahai tuan! Kata Sang Babi Hutan separuh merayu. Saya tidak bersalah. Sang Ular telah melanggar saya, katanya berkali-kali.
Maka Sang Naga pun menjejaki Sang Ular dan berjaya manangkapnya.
Aku akan membunuh engkau...! kata Sang Naga dengan perasaan yang marah.
“Wahai tuan! Wahai tuan!” Sang Ular menjerit memohon ihsan. "Saya tidak bersalah. Si Buluh yang menghempap saya," katanya berkali-kali.