Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang.
Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi.
Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.