Kuku yang Panjang
Kusyi Hirdan
Susah hati sungguh si kuku tangan kanan dan juga kiri. Setiap hari mereka semakin
panjang. Ini semua gara-gara si Mimi yang mahu bergaya. Dalam majalah ada gambar seorang remaja berkuku panjang, jadi Mimi pun hendak jadi begitu.
“Mengapa dia biarkan kita sema panjang?” keluh kuku yang paling kecil di tangan kiri. “Bukankah katanya dia mahu cantik!” jawab kuku-kuku lain di tangan kanan, serentak. “Cantik? Bagaimana boleh cantik sekiranya kuku yang panjang memudaratkan kita
semua. Saya tidak sukalah jadi begini. Apabila panjang tentu saja tidak bersih," sambung si kecil lagi.
“Agaknya Mimi tidak tahu keburukan-keburukan yang ada sekiranya membiarkan kita semakin panjang," teka kuku di jari tengah. "Apa pendapat awak kuku telunjuk?"
“Betul tu. Kuku yang panjang boleh menyebabkan kuman membiak. Walaupun tangan
sudah dibasuh tetapi kuman masih menyorok di bawah kita. Kuman ini pula pembawa penyakit, memang sangat kotor!" jawab kuku telunjuk.
Semua kuku-kuku yang mendengar semakin gundah gulana. Mereka tidak mahu
dipandang jijik dan dituduh pengotor.
"Kita berdoalah Mimi tidak terikut-ikut budaya yang tidak elok. Moga dia sedar yang
berkuku pendek lebih kemas, cantik dan bersih, Hendak berwuduk pun senang. Lagipun bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman!" suara kuku jari yang paling kecil penuh mengharap. "Oh, Mimi! Cepat-cepatlah potong kami Sudah tidak tahan lagi dibiarkan kotor begi dibarkan kotor begini!”