Sebuah Ensiklopedia Negara Zikir yang bertaraf antarabangsa juga sedang giat diusahakan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebagai tanda penghargaan dan sokongan padu UNISSA terhadap idea Baginda. Ensiklopedia sebanyak 5 jilid itu bukan hanya tertumpu pada Negara Brunei Darussalam sahaja bahkan jua merentasi sempadan rantau Asia Tenggara dan Asia Barat. Ia akan membincangkan Negara Zikir dari segi definisi, falsafah, ciri, objektif dan perlaksanaannya dari segi perspektif sejarah, politik, ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Brunei dan sementara di peringkat serantau dan antarabangsa ia akan membincangkan suasana politik, ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Melayu, sejarah kedatangan Islam dan pengaruhnya di alam Melayu. Ianya bertujuan untuk memastikan falsafah Negara Zikir dan pengisiannya adalah selari dengan falsafah Negara Melayu Islam Beraja bagi menjamin kesejahteraan, kelangsungan dan survival dari segi teori dan amali. Ianya juga bertujuan untuk mendedahkan maklumat terkini mengenai perkembangan pemikiran semasa dan implikasinya ke atas Negara Zikir di samping menyediakan bahan rujukan tambahan kepada bahan-bahan yang sedia ada mengenai Negara Zikir. Ensiklopedia ini mengambil tempoh 5 tahun untuk dibukukan dan dijangka siap pada tahun 2017