BAGAN SERAI 1 Julai - Dua dipercayai maut termasuk seorang wanita selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang tengah jalan di Kilometer 194.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik berhampiran.
Dipercayai terdapat beberapa mangsa yang tercedera dalam nahas itu dan operasi menyelamat masih dijalankan dengan kerjasama pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut. - UTUSAN ONLINE