KUALA LUMPUR 29 Nov. - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berjaya melumpuhkan sindiket pemalsuan kad Touch ‘n’ Go dengan tertangkapnya 14 individu di empat negeri sejak Jumaat lalu.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua mereka dipercayai terlibat dalam penipuan penggunaan kad tersebut sejak Februari lalu dan menyebabkan kerugian pada pihak Touch ‘n’ Go sehingga mencecah lebih RM2 juta.
“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 hingga 56 tahun di sekitar Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) 1981,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-tipu-kad-touch-n-go-14-individu-ditahan-1.413413#sthash.07aYPbvr.dpuf