Bukit Tinggi – Tempat menarik di Malaysia untuk Percutian Bulan Madu : Source – Tune Hotel
Selain daripada Pangkor Laut dan Pulau Redang, pasangan romantis yang ingin bercuti bulan madu boleh juga berkunjung ke Bukit Tinggi. Bukit Tinggi terletak di negeri Pahang dan boleh dikunjungi dengan mengambil Lebuhraya Karak sebagai penghubung destinasi. Terletak lebih kurang 60km dari bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Tinggi menyediakan beberapa lokasi percutian bulan madu yang menarik seperti Colmar Tropicale (yang mengambil inspirasi dari rekabina perkampungan Perancis dari luar negara), Taman Jepun, Taman Haiwan dan Taman Arnab. Pasangan romantis boleh menikmati pemandangan tanah tinggi di Bukit Tinggi dengan menyertai aktiviti menaiki kuda disini. Mereka juga boleh memilih untuk menginap di salah satu bilik hotel di Colmar Tropicale dan melihat sendiri kecantikan bangunan berkonsepkan rekahias dari Perancis ini. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai bajet yang lebih, mereka boleh memilih untuk tinggal beberapa hari di Kelab Golf yang turut terdapat di puncak Bukit Tinggi ini. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini (tanpa perlu bergerak jauh) dan kesegaran udara di tanah tinggi ini, Bukit TInggi turut boleh dianggap sebagai tempat menarik di Malaysia untuk percutian bulan madu.
- See more at: http://blog.lagisatu.com/tempat-tempat-menarik-di-malaysia-untuk-percutian-bulan-madu/#sthash.Vuh68jht.dpuf