Di sini kita dapat mengambil ikhtibar, bahawa hanya dengan mentaati Allah lah kita akan mendapat pertolongan dan keberkatan-Nya dalam apa jua yang kita usahakan. Oleh itu dalam konteks Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, yang paling utama sekali adalah membudayakan memperingingati Allah dalam setiap perbuatan, dan dengan sendirinya “al-amr bil ma’ruf wan nahyu ‘anil mungkar” akan terlaksana. Insya Allah, Allah pasti beri portolongan pada hamba-Nya yang ikhlas dan yakin kepada-Nya. Mudah-mudahan pembangunan Negara Brunei Darussalam sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT.
Ini pakaian “Negara Zikir”, siasah, ekonomi, sistem sosial budaya dan sistem pertahanannya semuanya berpaksikan zikir. Jika ini semua ada Allah tidak akan menarik diri daripada kita. Dalam apa jua keadaan, perlu pelihara Allah. Banyakkan mendekatiNya, banyakkan zikir, doa dan amal saleh dan amal taqwa kepadaNya. Jika kesemua ini ada, bererti kita adalah orang yang memelihara Allah. Orang-orang yang memelihara Allah pasti tidak boleh tidak akan dipelihara pula oleh Allah. Sebagai mana perkhabaran Nabi SAW :