Sebagai suku kaum yang menghuni hutan sebagai lokasi utama kediaman maka, sukukaum semai merupakan pengamat alam yang sangat baik. Mereka menggunakan alam persekitaran sebagai bahan terbaik untuk menyatakan rasa, kehendak dan dijadikansebagai perbandingan dengan sifat atau perlakuan manusia. Khazanah hutan yang kayaini menyebabkan kiasan bahasa milik suku kaum Semai merujuk kepada sifat haiwansebagai bahan persamaan dan perbandingan dengan sifat manusia. Tujuan makalah iniialah untuk meneliti unsur haiwan yang terdapat dalam peribahasa suku kaum Semai.Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang responden dan ulasannyadibuat berlandaskan penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yangdikemukakan oleh Hymes (1972) dengan memberi fokus kepada empat perkara pokok,iaitu huraian situasi, pemakaian, struktur dan fungsi aktiviti sesuatu pertuturan tersebut.Didapati bahawa peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Semai banyak berunsurkanhaiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua unsur haiwandalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruanglingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan sukukaum ini, sebagai salah satu kaedah untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalamkalangan masyarakat di negara ini. Peribahasa suku kaum ini juga mampumemperlihatkan betapa orang-orang Semai adalah pemerhati yang baik kerana mampumenggabungjalinkan antara alam dengan kehidupan sebenar manusia. Pemasukan unsur haiwan ke dalam peribahasa memperlihatkan bahawa terdapat sesetengah sifat haiwanyang mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan sebaliknya. Pemasukansedemikian secara tidak langsung menunjukkan bahawa nilai dan norma kehidupan sukukaum Semai bermula dan diasaskan kepada alam sekitaran sebagai guru terbaik dalamkehidupan mereka.