Jika anda yakin bahawa seseorang itu benar-benar munafik, berdasarkan akal fikiran yang waras dan bukti-bukti yang kukuh, anda boleh memanggilnya sebagai seorang munafik. Tetapi jika anda mahu berbuat demikian hanya kerana menuruti nafsu amarah atau terikut-ikut orang lain, lebih baik jangan, kerana perkataan ini amat berat dan anda harus bertanggunngjawab atas perbuatan anda ini di depan Maha Adil pada Hari Pembalasan.
Sesungguhnya mulut (dan sekarang tangan, kerana boleh menulis dan menaip) merupakan anggota badan yang paling berguna, tetapi pada masa yang sama boleh memudaratkan kita.
Dimunafikkan secara rambang lebih baik daripada memunafikkan seseorang sesuka hati, kerana sekurang-kurangnya kita tidak perlu menimpa dosa. Saya tidak pernah gunakan perkataan ini kepada orang lain, dan berharap semoga tidak perlu berbuat demikian selanjutnya...