Ayat ini meningatkan bahawa Nabi Ibrahim alaihissalam telah memohon kepada Allah supaya menjadikan Makkah negeri yang aman sentosa serta dikurniakan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat rezeki daripada berbagai jenis buah-buahan. Allah memakbulkan permohonan itu dengan mengingatkan bahawa sesiapa yang kufur dengan nikmat dan ingkar daripada beriman hanya akan diberikan nikmat rezeki itu buat sementara waktu sahaja