Pada tahun 1963 Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea pembinaan Kompleks Tugu Negara.
Pembinaan salah satu monumen yakni Tugu Negara adalah bagi menggantikan sebatang tugu peringatan peninggalan British (tugu itu kini dikenali sbg Tugu Peringatan) yg dibina oleh British selepas Perang Dunia Pertama.
7 biji patung gangsa (5 askar Melayu & 2 komunis) tiba di Port Swettenham (sekarang Perlabuhan Klang) dengan M.V. Express pada Jun 1965.
Proses penyeliaan Tugu Negara oleh Felix De Weldon bermula pada Julai 1965 dan siap menjelang awal 1966 kemudiannya di rasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 8 Februari 1966.