BANGKOK 27 Mei - Dua pelancong asing maut manakala enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bot laju dipercayai karam di Thailand semalam.
Menurut polis, bot itu dikatakan dipandu terlalu laju sebelum merempuh ketulan batu besar di dasar air dan tenggelam di Taman Negara Ang Thong Marine, kira-kira 700 kilometer dari selatan Bangkok.
Seorang jurucakap Balai Polis Koh Samui yang enggan dikenali pula memberitahu, ketika kejadian, bot itu membawa 32 orang pelancong asing dan empat kru warga Thailand.
“Seramai 28 orang berjaya diselamatkan dan 18 daripadanya kemudian dikejarkan ke Hospital Samui. Pada masa yang sama, dua mayat juga ditemukan di lokasi kejadian,” katanya. - Agensi