KETUPAT, makanan yang diperbuat daripada beras atau beras pulut yang dibungkus dalam
daun kelapa atau daun palas yang dianyam dan kemudian direbus di dalam periuk. Ia
dikenali sebagai ketupat nasi atau ketupat pulut. Ketupat amat terkenal dalam kalangan
masyarakat Melayu di Malaysia dan rumpun Melayu di Indonesia serta beberapa negara di
Asia Tenggara. Biasanya ketupat dihidangkan semasa Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.