Kini, ketiga-tiga orang pejuang wanita itu mula mara perlahan-lahan ke arahnya, dari tiga penjuru.Ratu Zanubiyah, Puteri Fatimah dan Puteri Aisyah kelihatan seperti memberikan arahan dan isyarat kepada anggota pasukan masing-masing. Mereka menghunuskan senjata ke arahnya. Mata mereka yang bagaikan mata jarum yang berkilau-kilauan di bawah cahaya lampu kalimantang dan setajam jarum, memanah pandangan mata alan, sekali gus menikam kesabarannya. Alan terpaku, namun sejenak sahaja.