Dari Doa dan zikir kepada Allah turunlah pertolongan daripada Allah. Inilah rahsia berdoa dan berzikir kepada Allah. Kekuatan doa dan zikir mengatasi segala kekuatan. Maka lantaran itu kita penuh yakin bahawa survival kita, survival ummah, survival Negara brunei Darussalam pada khususnya adalah turut ditentukan oleh doa dan zikir dan amal taqwa kepada Allah.
Di zaman Sayyidina ‘Umar selaku khalifah (13-24H/634-644M) tentera muslimin diarahkan bersiap berangkat untuk ke Parsi di bawah pimpinan panglima Sa’ad bin Abi Waqash. Sebelum bertolak pada 14H/635M kedengaran ‘Umar berpesan kepada panglimanya ini.