AYUTTHAYA 1 Julai - Empat orang pekerja terbunuh apabila sebuah kapal pengangkutan besar yang dibina di kawasan limbungan persendirian meletup di daerah Bang Sai dekat sini tengah hari tadi.
Portal Bangkok Post melaporkan, letupan itu berlaku kira-kira pukul 2 petang di Chartchai Cholathanrungsawat Co. yang terletak berhampiran Sungai Noi di Sanam Chai.
Difahamkan, hampir 80 peratus daripada kapal itu telah musnah ketika sepasukan anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan tiba di tempat kejadian.
Polis memberitahu, punca kejadian bagaimanapun masih disiasat. - AGENSI