Rasulullah saw akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar al Ghifari, Bilal dan Abu Dhamdham. Kerana terlalu ingin tahu, Abu Dzar pernah bertanya, `Wahai nabi Allah, engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?'
Rasulullah saw menjawab dengan satu kalimat yang diulanginya tiga kali berturut-turut 'Sedekah itu sesuatu yang ajaib!'
Buku mini ini sangat sesuai sebagai rumusan mengenai cara untuk kita menjemput rezeki. Target adalah untuk orang Islam mengetahui cara yang diamalkan dengan penuh yakin terhadap Allah.
Intipati buku ini padat dan bernas.