Menikmati pelbagai jenis makanan memang nikmat tetapi kesannya pasti membuatkan anda kecewa. Memang susah untuk mengawal diri daripada makan pelbagai jenis makanan apatah lagi jika anda seorang pencinta makanan.
Bukannya tidak boleh makan langsung makanan kegemaran, syaratnya, selepas makan, anda perlu berusaha untuk ‘membakar’ kalori yang telah diambil. Berlari adalah salah satu cara membakar kalori hasil daripada makanan yang telah dimakan.
Ini adalah jumlah larian dalam kiraan kilometer yang perlu anda lakukan selepas pengambilan makanan tersebut.
1. Secawan Kopi
Selepas minum secawan kopi, anda perlu berlari sebanyak 0.42 kilometer untuk membakar kalori.
2. Kentang Goreng
Menikmati kentang goreng sambal menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen memang mengasyikkan bukan? Tetapi, anda perlu tahu bahawa untuk membakar kalori bagi sebekas kentang goreng saiz sederhana memerlukan anda berlari sebanyak 5.97 kilometer.
3. Burger Daging
Enaknya makan burger. Bagi membakar kalori untuk sebiji burger daging yang dimakan memerlukan anda berlari sejauh 4.05 kilometer.
4. Kerepek Kentang Berkeju
Mengunyah kerepek kentang sungguh melekakan. Tanpa sedar, anda sudah menghabiskan sebungkus kerepek kentang. Bagi membakar kalori bagi sepeket kerepek kentang yang anda makan, anda perlu berlari sejauh 10.07 kilometer.
5. Bebola Coklat Bersalut Kacang
Semua orang menyukai coklat terutama yang disalut dengan kekacang. Namun ketahuilah bahawa untuk sebiji dua biji bebola coklat yang anda makan, memerlukan anda berlari sejauh 2.21 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil.
6. Minuman Berkarbonat
Minuman berkarbonat tidak mempunyai zat tetapi banyak kalori yang datangnya daripada gula. Jika anda minum se tin minuman berkarbonat, anda perlu berlari sejauh 1.87 kilometer untuk membakar kalori di dalam tubuh.
7. Energy Bar
Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa makan sekeping energy bar sebagai salah satu cara untuk berdiet. Bagi setiap keping enegy bar yang diambil memerlukan anda berlari sejauh 3.97 kilometer untuk membakar kalori.
8. Sekeping Coklat
Mungkin ini berita kurang menggembirakan buat mereka si penggemar coklat. Jika anda makan sekeping coklat, ini bermakna anda perlu berlari sejauh 3.54 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil. Oleh itu, makan biar berpada-pada.
Menikmati pelbagai jenis makanan memang nikmat tetapi kesannya pasti membuatkan anda kecewa. Memang susah untuk mengawal diri daripada makan pelbagai jenis makanan apatah lagi jika anda seorang pencinta makanan.Bukannya tidak boleh makan langsung makanan kegemaran, syaratnya, selepas makan, anda perlu berusaha untuk ‘membakar’ kalori yang telah diambil. Berlari adalah salah satu cara membakar kalori hasil daripada makanan yang telah dimakan.Ini adalah jumlah larian dalam kiraan kilometer yang perlu anda lakukan selepas pengambilan makanan tersebut.1. Secawan KopiSelepas minum secawan kopi, anda perlu berlari sebanyak 0.42 kilometer untuk membakar kalori.2. Kentang GorengMenikmati kentang goreng sambal menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen memang mengasyikkan bukan? Tetapi, anda perlu tahu bahawa untuk membakar kalori bagi sebekas kentang goreng saiz sederhana memerlukan anda berlari sebanyak 5.97 kilometer.3. Burger DagingEnaknya makan burger. Bagi membakar kalori untuk sebiji burger daging yang dimakan memerlukan anda berlari sejauh 4.05 kilometer.4. Kerepek Kentang BerkejuMengunyah kerepek kentang sungguh melekakan. Tanpa sedar, anda sudah menghabiskan sebungkus kerepek kentang. Bagi membakar kalori bagi sepeket kerepek kentang yang anda makan, anda perlu berlari sejauh 10.07 kilometer.5. Bebola Coklat Bersalut KacangSemua orang menyukai coklat terutama yang disalut dengan kekacang. Namun ketahuilah bahawa untuk sebiji dua biji bebola coklat yang anda makan, memerlukan anda berlari sejauh 2.21 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil.6. Minuman BerkarbonatMinuman berkarbonat tidak mempunyai zat tetapi banyak kalori yang datangnya daripada gula. Jika anda minum se tin minuman berkarbonat, anda perlu berlari sejauh 1.87 kilometer untuk membakar kalori di dalam tubuh.7. Energy BarMungkin sesetengah orang berpendapat bahawa makan sekeping energy bar sebagai salah satu cara untuk berdiet. Bagi setiap keping enegy bar yang diambil memerlukan anda berlari sejauh 3.97 kilometer untuk membakar kalori.8. Sekeping CoklatMungkin ini berita kurang menggembirakan buat mereka si penggemar coklat. Jika anda makan sekeping coklat, ini bermakna anda perlu berlari sejauh 3.54 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil. Oleh itu, makan biar berpada-pada.
การแปล กรุณารอสักครู่..
