Oleh yang demikian, pada hemat kita, hanya jika sekiranya kita berjaya beramal melalui tindakan lisan, fizikal dan fikiran seperti yang dihuraikan di atas, barulah sesungguhnya kita mampu melahirkan sebuah negara zikir yang selaras dengan definisi yang dirangka oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2008 yang mentakrikannya sebagai:
“Negara Zikir ialah negara yang bangsa dan masyarakatnya sentiasa ingat Tuhan dalam berfikir dan bertindak yang misinya untuk menjadi umat terbaik yang disebut di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 110