Pada suata malam yang sunyi sepi, sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah saya telah dijilat api. Api naik menjulang dan asap hitam berkepul-kepul naik ke udara. Suasana di tempat kejadian riuh-rendah dan kelam-kabut.
Orang ramai menyimbah air untuk memadamkan api. Jiran-jiran yang berhampiran pula sibuk memindahkan barang-barang yang mustahak ke tempat yang lebih selamat.
Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta bomba pun tiba. Ahli-ahli bomba sibuk memadamkan api. Mereka memancutkan air ke rumah yang terbakar itu. Selepas setengah jam, ahli-ahli bomba berjaya memadamkan api itu.
Rumah yang terbakar itu musnah dijilat api. Walau bagaimanapun, bersyukurlah kerana tidak ada nyawa yang terkorban. Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada bunga api.