Yang Berhormat Mufti Kerajaan mengambil contoh pada zaman pemerintahan Sayyidina ‘Umar Ibnu al-Khattab Radhiallahu ‘Anhu, iaitu pada tahun 18H/163M pernah terjadi kemarau panjang, sehingga hari-hari yang dilalui menjadi “Hari-hari lapar” seluruh rakyat. Selama sembilan bulan bumi menjadi kering kontang, tanaman dan haiwan juga mengalami kesukaran untuk hidup