KUALA LUMPUR: Tidak berselindung mengenai hari bahagianya, aktres berbakat besar, Nabila Huda mengakui akan menamatkan zaman solonya pada bulan ini. Bagaimanapun atas beberapa sebab, pelakon yang cukup cemerlang beraksi di pentas teater Bawang Putih Bawang Merah arahan Erma Fatima serta A Aris A Kadir sebagai Nenek Kebayan baru-baru ini memberitahu tidak boleh mendedahkan secara terperinci butiran majlisnya. Ia termasuklah mengenai tarikh dan siapa gerangan bakal suaminya. "Insya-Allah memang saya akan berkahwin bulan ini. Tapi kita tidak tahu apa-apa boleh terjadi menjelang hari bahagia berkenaan. Doakan yang terbaik. Kalau ia jadi kenyataan saya takkan berahsia. Malah saya tak akan lupa menjemput rakan media dan teman," katanya ringkas ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/103538