`Ah, tentunya ketua pasukan yang di tengah itu bernama Ratu Zanubiyah, macam judul buku itu! Di sebelah kanan pula puteri Fatimah dan sebelah kirinya puteri Aisyah, sepert judul-judul buku itu, bukan?` desisnya, sinis. Semakin direnungi gambaran yang terhasil daripada kecaian kertas daripada buku-buku berwarna itu, semakin terasa seolah-olah semuanya detul-betul wujud dan hidup seperti manusia dan makhluk lain di alam nyata. Daya fikirnya bagaikan tidak lagi mempersoalkan sama ada ia benar ataupun tidak, kerana nalurinya sibuk bertungkus lumus memberitahu agar dia segera berhati-hat demi kelangsungan hidupnya sendiri.