Ada beberapa langkah yang harus dilakukan. Antaranya, membaca ayat pertama pada setiap perenggan atau bab, kemudian membaca ayat terakhir sesuatu bab kerana dalam bahagian itu terdapat kesimpulan daripada bab tersebut, menyemak dan meneliti ayat di tengah-tengah setiap bab, dan memberikan tumpuan terhadap senget, bercetak tebal dan digariskan. Dengan hal demikian, pelajar dapat mengingati semula perkara yang hampir terlupa, mengetahui pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam membincangkan sesuatu perkara baharu dan mengetahui sama ada buku tersebut sasuai dibaca ataupun tidak sebagai buku rujukan atau buku bacaan tambahan.