Masih tidak serik.
Walaupun pernah diserbu oleh pihak berkuasa, tauke sebuah pusat hiburan di ibu negara tetap meneruskan kegiatan tidak bermoral di premisnya.
Lewat malam tadi pusat hiburannya diserbu lagi oleh sepasukan polis dari bahagian D7 IPK Kuala Lumpur.
Risikan dan intipan selama seminggu mendapati, premis yang terletak di Bandar Manjalara Kepong ini menawarkan khidmat pelayan pelanggan atau GRO.
Serbuan bermula jam 11.45 malam tadi.
Sebaik menyedari premis diserbu, mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi.
Tetapi tindakan mereka dapat dikesan juga oleh anggota polis.
32 wanita warga Thailand, Myanmar dan Vietnam ditahan.
24 pelanggan turut diperiksa.
Seorang lelaki dipercayai penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan.
Kesemua yang ditahan di bawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan.