Penghasilan tenaga solar memerlukan aerostat, iaitu alat penerima tenaga suria. Alat ini dipasangkan dengan beberapa keping cermin yang digerakkan ke arah cahaya matahari dengan kawalan komputer untuk menyerap tenaga suria. Tenaga ini disimpan dalam sebuah janakuasa yang akan mengalirkan tenaga elektrik apabila diperlukan.