Dari pertengahan kurun ke 9, terdapat rekod-rekod dari Arab yang memperihalkan sebuah kerajaan yang dinaungi oleh seorang Maharaja dan didalam rekod-rekod ini, nama-nama seperti Zabag dan Sribuza disebut berulang-ulang kali. Para sarjana berpendapat bahawa Zabag merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada kepulauan nusantara secara umum manakala Sribuza pula merupakan nama kepada ibukota atau pusat pemerintahan empayar Zabag atau dengan erti kata lainnya, merujuk kepada Sriwijaya.