1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
20. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
21. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
22. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
25. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
26. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
27. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
28. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
29. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
30. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
31. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
32. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
33. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
34. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
35. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
36. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
37. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
38. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
39. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
40. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
41. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
42. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
43.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
44. berbesar hati
Maksud : Gembira.
45. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
46. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
47. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
48. batu penghalang
Maksud : Halangan
49 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri Maksud : Sombong 5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 10. melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 12. seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 15. terang hati Maksud : Lekas pandai. 16. rendah hati Maksud : Tidak sombong 17. murah hati Maksud : Pemurah. 18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong Maksud : Hampa. 20. lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 21. bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 22. anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 25. bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang. 26. indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 27. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 28. bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 29. kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. 30. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 31. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 32. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.. 33. memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. 34. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah 35. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. 36. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 37. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. 38. bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 39. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 40. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. 41. mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 42. biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. 43.sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 44. berbesar hati Maksud : Gembira. 45. anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 46. tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara 47. yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 48. batu penghalang Maksud : Halangan 49 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
การแปล กรุณารอสักครู่..
