Perkataan “ذكر” berasal dari perkataan Bahasa Arab yang bermaksud “ingat” dan konsep zikir yang dimaksudkan di dalam istilah “Negara Zikir” ialah mengingati Allah. Namun hendaklah diingat seperti yang telah diterangkan sebelum ini bahawa ruanglingkup mengingati Allah itu adalah luas. Oleh itu, Zikir di sini bukan bererti hanya melafazkan atau sebutan semata-mata, ianya tidak hanya terbatas dengan beristighfar, bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Malahan mencakupi setiap bentuk perbuatan yang ditanai dalam kehidupan seharian iaitu sebagai usaha mengungkapkan ketaatan dan kesyukuran terhadap nikmat dan kurniaan Ilahi.