Bandar Seri Begawan, 28/07/2007 - Sebagai usaha membantu mereka yang ditimpa musibah seperti bencana alam (angin kencang), kebakaran dan sebagainya Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Ugama Islam Brunei telah memberikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa angin kencang yang berlaku�beberapa hari yang lalu.
Pada hari ini 13hb. Rejab 1427H bersamaan 28hb Julai 2007M, bertempat di Balai Bomba, Kg Sungai Lampai, Negara Brunei Darussalam, Majlis Ugama Islam Brunei melalui Kumpulan Wang Zakat telah menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa angin kencang yang berlaku pada hari Isnin 23hb Julai 2007 yang lalu kepada seramai 338 orang yang terdiri daripada 63 orang ketua keluarga dan 275 orang tanggungan. Rumah-rumah mangsa tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk akibat angin kencang tersebut.