Sesaat kemudian, pusaran ligat kecaian kertas-kertas berwarna itu bagaikan mengendur sedikit, lalu membentuk tubuh wanita-wanita mini setinggi sejengkal itu , berperisai dan dilengkapi dengan pelbagai senjata tajam, sama seperti wanita-wanita yang diilustrasikan dalam buku-buku bergambar tadi, bersama kuda-kuda dan unta-unta tunggangan mereka. kelihatan ada antra pejuang pejalan kaki membawa sesuatu yang menyerupai sepanduk mini, namun tidak begitu jelas tulisannya pada pandangan Alan.