‘Pembohong! Wanita tak berguna!’ Alan menggerutu dalam hati. Didorong ketidaksabaran yang luar biasa, dia membuka ketas bungkusan itu, sekasar yang mungkin. Apabila terpandang akan isi kandungan bungkusan kiriman pos itu, dia membelek-beleknya satu per satu seraya mencebik sinis. Tiga buah buku sahaja rupaya. Masing-masing berjudul Puteri Fatimah, Puteri Aisyah dan Ratu Zanubiyah. Buku tentang pejuang-pejuang wanita Islan zaman silam nampaknya. Macam buku bergambar kanak-kanak, siap diilustrasi dengan gambar sepasukan pejuang wanita memakai pakaian tradisinal Arab, berwarna-warni. Ada antara perjuang wanita menunggang unta dan kuda yang gagah perkasa. Sementara pasukan pejalan kaki juga tidak sedikit jumlahnya. Semuanya dilengkapi dengan pelbagai senjata mini-panah, tombak, pedang dan kapak.