ibu angkat: perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
ibu ayam: seseorang perempuan yang melindungi atau menjaga pelacur untuk mendapatkan wang.
ibu kandung: ibu sendiri.
ibu keladi: orang yang duduk di tengah-tengah satu kumpulan orang.
ibu pertiwi: tanah tempat kelahiran.
ikat diri: terlalu berat.
ikat hati: menawan.
ikat janji: membuat perjanjian.
ikat kata: menggubah kata.
ikat perut: tahan selera, menahan lapar, atau kurangkan makan kerana berjimat.
intan baiduri: (sila lihat juga emas tempawan.)
iri hati: perasaan dengki atau cemburu.
isi dada: sesuatu atau apa-apa yang terfikir dalam hati, perasaan; segala yang ada di dalam hati seseorang tentang sesuatu perkara.
isi hati: (sila lihat juga isi dada.)
isi perut: (sila lihat juga isi dada.)
isi rumah: keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.