keadanya. Hasil daripada pertembungan tinju denga, pedang itu, kedua-dua orang puteri, kuda dan unta toggangan mereka terhumban ke dinding. Mereka kehhatan terkulai layu, tidak sedar diri. Serta-merta, sekumpulan pejuang lain bergegas datang dengan pengusung, terhinggut-hinggut mengangkat kedua-dua orang puteri dan beberapa anggota pasukan yang mengalami kecederaan ke tempat yang selamat, iaitu di bawah kerusi rotan. Pantas mereka membina khemah-kliemah mini di bawah kerusi rotan. Rawatan cemas diberikan kepada pejuang yang mengalami kecederaan paralt. Ada yang bangun dan kembali bertempur, dan ada yang terbujur kaku, sebelum terus ghaib.