Individu ini, Azman bin Hamzah, 58, barangkali tidak punya pertalian atau darah kekeluargaan dengan kita. Hakikatnya, sudah pasti kita sebagai insan biasa tidak mampu membayangkan penderitaan dan kesakitan yang sedang dihadapi beliau termasuk seisi famili yang berada di Malaysia. Dimasukkan ke Landeskrankenhaus Salzburg Hospital (Austria) pada 5 September lalu, beliau telah rebah dan disyaki dijangkiti kuman di belakang badan. Sehingga kini kuman telah merebak ke buah pinggang, jantung dan didalam darah. Beliau memerlukan bantuan pembiayaan kos rawatan yang setakat ini dianggarkan mencecah RM200,000. Beliau tidak berupaya pulang ke tanah air sehingga selesai melunaskan bil rawatan yang semakin hari semakin meningkat. Sebagai informasi, beliau kini ditempatkan di wad Dermatologie (Blok D6, Aras 4) dengan nombor pendaftaran katil 4 di bawah pengawasan, Dr. Kirnbauer. Untuk pengetahuan, beliau mengembara seorang diri ke sana sebagai pengembara beg galas sebelum susut kondisi kesihatan. Untuk menyalurkan sumbangan atau bantuan kepada beliau, anda boleh menderma terus ke akaun ini; 162200171484 - Maybank (Mohd. Azzad bin Azman yang bernombor kad pengenalan 920820-10-5521). Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian +60175393179 (panggilan atau menerusi aplikasi WhatsApp). Jasa baik anda amat dihargai dengan ucapan jutaan terima kasih. Mohon viralkan pesanan ini kepada yang lain. Sejujurnya, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda ini. Sekian, terima kasih