Sistem Pertahanan juga perlu dihiasi dengan zikir. Ini kerana pertahanan adalah penentuan revival dan masa hadapan ummah.
Pertahanan yang kita mesti ada adalah “Pertahanan Zikir”, iaitu yang berisi dengan semangat dan kesedaran ingatkan Allah, yang mendekati Allah, yang menagih pertolongan Allah.
Inilah konsep zikir dalam pertahanan. Ia sudah pun diasaskan dan diajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri melalui pertempuran Badar.
Sebelum perjuangan bermula Nabi SAW telah membariskan para sahabat Baginda sambil berdoa dan bermunajat terlebih dahulu. Doa Baginda :