Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Jun. - Kebudayaan Melay การแปล - Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Jun. - Kebudayaan Melay ไทย วิธีการพูด

Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN



Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Jun. - Kebudayaan Melayu Brunei sememangnya telah bertapak kukuh di bumi Brunei sejak berkurun-kurun lamanya. Kesultanan, adat istiadat, adat resam, kehidupan beragama dan berbahasa Melayu merupakan sebahagian manifestasi warisan budaya yang masih ada hingga ke hari ini.

Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim menjelaskan perkara tersebut pada Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli Sekolah-sekolah Rendah Senegara Kali Ke-36 bagi Tahun 2012 yang berlangsung di Pusat Belia Bandar Seri Begawan, di sini.

Berucap selaku tetamu kehormat, Awang Haji Ismail menjelaskan dalam proses pembangunan, budaya Brunei adalah tidak terkecuali dari mengalami proses zaman yang membawa kepada perubahan.

Pada misalan tambahnya, tarian-tarian asli Brunei telah menampakkan beberapa perubahan.

Bagi orang yang tidak berpengalaman katanya, adalah sukar untuk membezakan tarian asli dengan tarian yang mempunyai perubahan.

Dalam hal itu kata beliau lagi, adalah perlu bagi mengklasifikasikan budaya Brunei sama ada seni tari, muzik, kostum pakaian, hiasan aksesoris, tradisi lisan dan sebagainya secara bersistematik dengan membuat inventori budaya agar kita dapat mengenal, memahami dan merujuk tanpa waham apa yang asli dan apa yang telah mengalami perubahan zaman.

Nilai-nilai yang ada di sebalik budaya tradisi kita juga kebanyakkannya berpaksi kepada kepercayaan terdahulu.

Tradisi seperti itu katanya, mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat dan bangsa kita yang terdahulu.

Beliau menambah, segala unsur budaya itu mempunyai kepentingan tersendiri dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

Tambahnya, dalam hal itu, kita perlu berfikiran kehadapan untuk membentuk belia agar lebih menghayati dan menghargai budaya Brunei dalam kehidupan mereka.

"Dalam menerima permodenan, warisan budaya dan tradisi perlu dijaga dan dipelihara, di samping mengamalkan dan menghayati pegangan agama Islam selaras dengan falsafah negara, iaitu Melayu Islam Beraja (MIB) yang merupakan satu landasan atau garis panduan agar tidak terkeluar dan tidak melimpasi sempadan budaya sendiri," ujarnya.

Beliau menambah, itu termasuklah cara hidup seperti berpakaian, pergaulan sosial, keolahan dan sebagainya.

Juara disandang oleh Sekolah Rendah Dato Mohd. Yassin, Brunei II 'B' dengan persembahan tarian 'Dundang-dundang', naib juara Sekolah Rendah Haji Muhd. Ja'afar Maun Kiulap, Brunei III dengan mempersembahkan tarian 'Alus Jua Dindang' dan menduduki di tempat ketiga pula ialah Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Temburong dengan mempersembahkan tarian 'Lanang Beladu Lanang'.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan itu dikendalikan oleh Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, JPKK itu dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah kerajaan dan pendidikan swasta yang berumur 12 tahun ke bawah.

Pertandingan tersebut bertujuan bagi memelihara jati diri yang mengekalkan kekayaan pusaka warisan budaya orang-orang Brunei yang memegang kuat adat yang bersandarkan kepada disiplin beraja, beradap dan beradat istiadat serta Islam sebagai pegangan hidup.

Juga hadir, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan dan KKBS, Guru-guru Besar, Penolong-penolong Guru Besar, Guru-guru Pengawas, murid-murid, ibu bapa dan peserta.

(Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)
0/5000
จาก: -
เป็น: -
ผลลัพธ์ (ไทย) 1: [สำเนา]
คัดลอก!
Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Jun. - Kebudayaan Melayu Brunei sememangnya telah bertapak kukuh di bumi Brunei sejak berkurun-kurun lamanya. Kesultanan, adat istiadat, adat resam, kehidupan beragama dan berbahasa Melayu merupakan sebahagian manifestasi warisan budaya yang masih ada hingga ke hari ini. Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim menjelaskan perkara tersebut pada Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli Sekolah-sekolah Rendah Senegara Kali Ke-36 bagi Tahun 2012 yang berlangsung di Pusat Belia Bandar Seri Begawan, di sini. Berucap selaku tetamu kehormat, Awang Haji Ismail menjelaskan dalam proses pembangunan, budaya Brunei adalah tidak terkecuali dari mengalami proses zaman yang membawa kepada perubahan. Pada misalan tambahnya, tarian-tarian asli Brunei telah menampakkan beberapa perubahan. Bagi orang yang tidak berpengalaman katanya, adalah sukar untuk membezakan tarian asli dengan tarian yang mempunyai perubahan. Dalam hal itu kata beliau lagi, adalah perlu bagi mengklasifikasikan budaya Brunei sama ada seni tari, muzik, kostum pakaian, hiasan aksesoris, tradisi lisan dan sebagainya secara bersistematik dengan membuat inventori budaya agar kita dapat mengenal, memahami dan merujuk tanpa waham apa yang asli dan apa yang telah mengalami perubahan zaman. Nilai-nilai yang ada di sebalik budaya tradisi kita juga kebanyakkannya berpaksi kepada kepercayaan terdahulu. Tradisi seperti itu katanya, mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat dan bangsa kita yang terdahulu. Beliau menambah, segala unsur budaya itu mempunyai kepentingan tersendiri dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Tambahnya, dalam hal itu, kita perlu berfikiran kehadapan untuk membentuk belia agar lebih menghayati dan menghargai budaya Brunei dalam kehidupan mereka. "Dalam menerima permodenan, warisan budaya dan tradisi perlu dijaga dan dipelihara, di samping mengamalkan dan menghayati pegangan agama Islam selaras dengan falsafah negara, iaitu Melayu Islam Beraja (MIB) yang merupakan satu landasan atau garis panduan agar tidak terkeluar dan tidak melimpasi sempadan budaya sendiri," ujarnya. Beliau menambah, itu termasuklah cara hidup seperti berpakaian, pergaulan sosial, keolahan dan sebagainya. Juara disandang oleh Sekolah Rendah Dato Mohd. Yassin, Brunei II 'B' dengan persembahan tarian 'Dundang-dundang', naib juara Sekolah Rendah Haji Muhd. Ja'afar Maun Kiulap, Brunei III dengan mempersembahkan tarian 'Alus Jua Dindang' dan menduduki di tempat ketiga pula ialah Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Temburong dengan mempersembahkan tarian 'Lanang Beladu Lanang'. Pada majlis tersebut, tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan itu dikendalikan oleh Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, JPKK itu dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah kerajaan dan pendidikan swasta yang berumur 12 tahun ke bawah. Pertandingan tersebut bertujuan bagi memelihara jati diri yang mengekalkan kekayaan pusaka warisan budaya orang-orang Brunei yang memegang kuat adat yang bersandarkan kepada disiplin beraja, beradap dan beradat istiadat serta Islam sebagai pegangan hidup. Juga hadir, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan dan KKBS, Guru-guru Besar, Penolong-penolong Guru Besar, Guru-guru Pengawas, murid-murid, ibu bapa dan peserta. (Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)
การแปล กรุณารอสักครู่..
 
ภาษาอื่น ๆ
การสนับสนุนเครื่องมือแปลภาษา: กรีก, กันนาดา, กาลิเชียน, คลิงออน, คอร์สิกา, คาซัค, คาตาลัน, คินยารวันดา, คีร์กิซ, คุชราต, จอร์เจีย, จีน, จีนดั้งเดิม, ชวา, ชิเชวา, ซามัว, ซีบัวโน, ซุนดา, ซูลู, ญี่ปุ่น, ดัตช์, ตรวจหาภาษา, ตุรกี, ทมิฬ, ทาจิก, ทาทาร์, นอร์เวย์, บอสเนีย, บัลแกเรีย, บาสก์, ปัญจาป, ฝรั่งเศส, พาชตู, ฟริเชียน, ฟินแลนด์, ฟิลิปปินส์, ภาษาอินโดนีเซี, มองโกเลีย, มัลทีส, มาซีโดเนีย, มาราฐี, มาลากาซี, มาลายาลัม, มาเลย์, ม้ง, ยิดดิช, ยูเครน, รัสเซีย, ละติน, ลักเซมเบิร์ก, ลัตเวีย, ลาว, ลิทัวเนีย, สวาฮิลี, สวีเดน, สิงหล, สินธี, สเปน, สโลวัก, สโลวีเนีย, อังกฤษ, อัมฮาริก, อาร์เซอร์ไบจัน, อาร์เมเนีย, อาหรับ, อิกโบ, อิตาลี, อุยกูร์, อุสเบกิสถาน, อูรดู, ฮังการี, ฮัวซา, ฮาวาย, ฮินดี, ฮีบรู, เกลิกสกอต, เกาหลี, เขมร, เคิร์ด, เช็ก, เซอร์เบียน, เซโซโท, เดนมาร์ก, เตลูกู, เติร์กเมน, เนปาล, เบงกอล, เบลารุส, เปอร์เซีย, เมารี, เมียนมา (พม่า), เยอรมัน, เวลส์, เวียดนาม, เอสเปอแรนโต, เอสโทเนีย, เฮติครีโอล, แอฟริกา, แอลเบเนีย, โคซา, โครเอเชีย, โชนา, โซมาลี, โปรตุเกส, โปแลนด์, โยรูบา, โรมาเนีย, โอเดีย (โอริยา), ไทย, ไอซ์แลนด์, ไอร์แลนด์, การแปลภาษา.

Copyright ©2025 I Love Translation. All reserved.

E-mail: