Sang Arnab Yang Pemalas
Dalam sebuah hutan,tinggal sepasang sahabat,seekor arnab dan juga seekor tupai.Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama -sama.Pada suatu hari tupai berkata kepada arnab,"Mari kita buat sarang,sekarang dah tiba musim hujan.Apabila hujan kita ada tempat berteduh."kata arnab."Ya,betul kata awak.Tapi biarlah saya berehat dahulu,"jawab arnab.
Pada petang itu hujan turun dengan lebatnya.Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok.Mereka basah dan kesejukkan."Jika kita ada sarang,tentu kita tak basah begini,''kata tupai.''Ya,betul kata kamu,"jawab arnab."Pagi esok kita akan buat sarang."Kata arnab lagi.
Keesokkan harinya cuaca sungguh baik.Tupai mengajak arnab membuat sarang."Lebih baik kita pergi cari kayu untuk buat sarang."Kata tupai."Tapi bukan sekarang,"jawab arnab."Kita ada banyak masa lagi.Marilah kita mencari makanan.saya sungguh lapar!Tupai mengeleng -gelengkan kepalanya melihat sikap sahabatnya.Pada petang itu,hujan turun lagi.Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.:Alangkah baiknya kalau kita ada ada sarang,"kata tupai."Esok kita mesti buat sarang.Saya tidak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan."Kata tupai.Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya."Kita tunggu esok sajalah,"kata arnab.
Pengajaran dari cerita ini:
1.Jangan sekali - kali malas kerana ia perbuatan merugikan.
2.Jangan berharap kepada kawan seratus peratus.