universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas fakulti dan tujuh belas institut kecemerlangan penyelidikan. ukm juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersil, iaitu ukm holdings Sdn. Bhd. dan ukm technology Sdn Bhd sebagai satu pendekatan dalam mengkomersilkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan universiti.