Tradisi Berkapur Sirih adalah tradisi makan sirih yang diramu dengan kapur dan pinang, tradisi ini merupakan warisan budaya masa silam sejak 300 tahun lalu. Pelbagai sumber mengatakan bahawa budaya makan sirih hidup di Asia Tenggara meliputi pelbagai kelas masyarakat mulai dari kelas bawah, pembesar negara serta kalangan istana.