MARAN – Kompleks Mini Stadium FELDA United FC di Jengka, Pahang kini hampir siap dibina oleh kontraktor dilantik iaitu Konsortium Warisan Jengka Holdings (M) Sdn Bhd dan Johawaki Sdn Bhd.
Pembinaan Kompleks Mini Stadium FELDA United FC ini memulakan pembinaannya pada 1hb April 2013, menelan belanja lebih RM87 juta.
Projek ini dijangka siap pada penghujung bulan ini jika tiada sebarang masalah.