Pada tahun 1963 Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea pembinaan Kompleks Tugu Negara.
Pembinaan salah satu monumen yakni Tugu Negara adalah bagi menggantikan sebatang tugu peringatan peninggalan British (tugu itu kini dikenali sbg Tugu Peringatan) yg dibina oleh British selepas Perang Dunia Pertama.
7 biji patung gangsa (5 askar Melayu & 2 komunis) tiba di Port Swettenham (sekarang Perlabuhan Klang) dengan M.V. Express pada Jun 1965.
Proses penyeliaan Tugu Negara oleh Felix De Weldon bermula pada Julai 1965 dan siap menjelang awal 1966 kemudiannya di rasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 8 Februari 1966.
Tujuan permbinaan Tugu Negara adalah sebagai mengenang pengorbanan ramai askar, polis dan rakyat Tanah Melayu yg terkorban sewaktu menentang pengganas komunis sepanjang tempoh darurat 1948-1960.
Binaan Tugu Negara ni di reka oleh Felix De Weldon seorang warganegara Amerika (lahir di Vienna, Austria) yg turut pernah merekabentuk USMC War Memorial. Kerana itu rekabentuk patung kelihatan seperti orang putih.
Pada bahagian segiempat Tugu Negara ditulis “Dedicated to the heroic fighters in the cause of peace dan freedom”, ditengahnya pula adalah Jata Negara dan tulisan jawi disebelah jata bertulis “Memperingati perwira-perwira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dan kebebasan. Moga-moga Allah cucurkan rahmat ke atas mereka”
Tugu Negara termasuk dalam 50 warisan sejarah kebangsaan negara kita.
Tugu Negara khusus untuk mengenang pengorbanan anggota keselamatan & rakyat Tanah Melayu (sekarang Malaysia).