Melalui siri ini juga murid akan dibimbing membezakan huruf jawi jati dengan huruf pinjaman Bahasa Arab yang diikuti dengan kemahiran penulisan yang betul tentang imbuhan awalan dan akhiran. Di samping itu, bagi melengkapkan pengajaran dan pembelajaran jawi, buku ini dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti bagi menguji kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajarkan.