1. Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kerosakan pada loker.
2. Saya dilarang menampal sebarang pelekat/menconteng loker dan saya bertanggungjawab untuk memastikan/menjaga kebersihan loker.
3. Penggunaan loker adalah untuk menyimpan barang-barang syarikat sahaja. Saya dilarang menyimpan barangan peribadi di dalam loker kerana pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barangan peribadi tersebut.
4. Saya dilarang menyimpan barang-barang kawalan syarikat (burden material) di dalam loker.
5. Saya dilarang menukar hak milik loker tanpa kebenaran Bahagian Pengurusan loker.
6. Saya dilarang meniru/membuat kunci pendua. Lapuran kehilangan kunci hendaklah di buat kepada Bahagian Pengurusan Loker dan bayaran RM2.00 akan dikenakan untuk mendapat kunci gantian. Bayaran tidak akan dikenakan untuk pengantian kunci yang rosak.
7. Saya akan mengembalikan kunci loker apabila menamatkan perkhidmatan dan pihak syarikat berhak menuntut gantirugi untuk kunci loker yang gagal dipulangkan.