PrakataAlhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah pencipta sekian alam. Seterusnya kesempatan ini juga diambil untuk memanjangkan rasa syukur dan rendah diri kerana dapat menyiapkankarya ulung ini dengan seadanya.Buku ini ditulis berdasarkan keinginan saya yang amat mengamati perkembangan budaya pakaian Melayu. Terdapat pelbagai aspek berpakaian dalam budaya bangsa Melayu. Secaraamnya aspek pemakaian dalam budaya bangsa Melayu adalah seperti kurung, kebaya, bajuKedah, Pahang dan pakaian kepala seperti tengkolok, songkok, serban dan kopiah. Oleh ituterdapat pelbagai sudut pandangan dan penilaian oleh pakar dalam bidang ini telah dirujuk dan intipatinya telah diolah dengan sebaik mungkin. Saya juga telah menonjolkan unsur pakaian Melayu yang terdapat pada merata negeri dan membuktikan bahaa pakaian adalahsebagai satu cabang budaya dan mempunyai si!at gagasan yang lebih luas daripada sempadannegeri.