Perkara 152 dalam Perlembagaan negara menyatakan bahawa “bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh Parlimen.” Dengan peruntukan ini bermulalah zaman baru bagi bahasa Melayu di negara ini. Pada satu ketika dahulu bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca atau bahasa perhubungan bagi seluruh daerah kepulauan Melayu