Sebab-sebab
Tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga
Remaja-remaja yang tidak mendapat prihatin daripada keluarga mereka sentiasa diabai.Untuk mengatasi rasa kesedihan yang dihadapi,mereka mengambil dadah yang membolehkan mereka bakal dan menjadi penagih dadah selepas memakainya.
Pengaruh kawan
Sesetengah daripada mereka menagih dadh kerana mereka dipengaruhi oleh ajakan kawan mereka untuk mengambil dadah.Jika mereka menolak ajakan kawan mereka untuk menagih dadah maka mereka akan kehilangan kawan baik.Akhirnya,mereka terjebak ke dalam kancah dadah yang menghancurkan masa depan seseorang.
Rasa ingin mencuba
Remaja pada peringkat ini adalah penuh dengan rasa ingin tahu dan mencuba.Apabila mereka mendapat dadah,mereka ingin tahu apakah kesan selepas menggunakannya.Tetapi, mereka tidak menyedari bahawa mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pengedar dadah yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
Kesenangan untuk mendapat dadah
Dalam hal berkaitan dengan kesenangan dalam mendapat bekalan dadah,pehak penguatkuasa undang-undang perlu mengambil tanggungajawab terhadap perkara perkara ini.Disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah,remaja mudah mendapat dadah di pasaran dengan mudah secara haram.