Ini adalah hari
terakhir mereka di Bali sebelum berangkat pulang esok. Tepat jam enam petang
Warda diheret Ejaz sampai di Pantai Kuta. Katanya ini adalah aktiviti yang
terakhir mereka akan lakukan sebelum pulang ke Malaysia.
“you nak bawak I
pergi mana ni? I penat la...” suara Warda mula merengek, tapi kaki masih juga
bergerak malas mengikut ke mana saja langkah Ejaz. Entah kemana sajalah Ejaz
hendak membawanya, dahlah baju pun tak kemas-kemas lagi!
“shhh...just
shut your mouth boleh tak. I dah lama tak buat benda ni tau, nak lepas gian.” Balas
Ejaz.
Terbeliak mata
Warda mendengar ayat balasan itu. Lepas gian? Astaghafirullahalazim...Ejaz nak
bawak aku pergi mana ni.
“no..no..no..I
tak nak buat benda haram dengan you. Kalau you nak pergi, you pergi sorang la!”
tangannya yang kemas dalam genggaman Ejaz cuba ditarik.
Terhenti langkah
Ejaz bila Warda meronta-ronta. “benda apa haram pulak you ni?”
Jeda.
“I nak bawak you
naik sana.” Mulut Ejaz memuncung kearah menara besi dalam ketinggian 40 meter
dari aras laut itu.
“tu..”
Lambat-lambat
bola mata Warda dipicingkan kearah tempat yang ditunjuk Ejaz
“arghhhh!!!!” Bunyi
jeritan perempuan yang kedengaran sayup-sayup buat Warda kehilangan nafas. Terlihat
jelas dimatanya seorang perempuan free
hair terhantung-gantung di udara dengan tali terikat di kaki.
“bungge...bungge
jump?”
Ejaz angguk
laju. Perghhh...memang gian gila nak buat aktiviti yang boleh dikategorikan
sebagai sukan extreme ini. Kali terakhir dia buat bungee jumping adalah di
Ponte Colossus, Italy setahun lepas.
“oh
no..no..no...I won’t jump from there. You nak mati ke!! Esok kita nak balik tau
tak!” terjerit kecil Warda dibuatnya dengan muka kerisauan tahap petala lapan.
Tak pernah-pernah seumur hidupnya dia buat kerja gila macam ni!
“you nak
terjun...you terjun sorang. I tak nak!” tegas Warda lagi seraya memeluk
tubuhnya. Tengok ketinggian itu saja dah membuatkan jantungnya seolah-olah
berhenti berdegup, apatah lagi nak terjun dari ketinggian hampir empat puluh
meter itu. Memang buat kerja gila kalau aku lompat!
“come on la
sayang...ini baru empat puluh meter, I pernah terjun seratus lima puluh dua
meter dekat Itali tahun lepas, hidup je lagi. Rekod paling tinggi I pernah
buat...” Terang Ejaz cuba memujuk.
“itu bermakna
Allah masih sayangkan you.” Warda memangkas laju bernada risau. Ejaz memandang
wajah berkerut Warda lama. Lambat-lambat tangan halus itu dicapai
“Come on la...you
should try this one. I promise you will enjoy it.” Tak putus asa Ejaz memujuk.
“uhuh...enjoy
when my life is at stake.”
“bukannya takde
tali keselamatan pun.
“noo...I tak
nak..” tolak Warda dengan nada suara yang mula bergetar takut.
“I terjun dengan
you sekali...macam mana?”
“C.R.A.Z.Y!! apa
you ingat kita nak buat scenes you jump, I jump ke? Tak sayang nyawa dah? Dah
cukup bekalan pahala ke? Dah pasti separuh kaki you dah melangkah masuk ke
syurga?” macam peluru M16 soalan ditujah-tujah ke telinga Ejaz. Boleh tahan
jugak kalau Puan Warda Erina kita ni membebel!
Sudahnya
terkulat-kulat Mr. Pilot dengan ceramah si isteri. Lambat-lambat keluhan kecil
terlepas. “Takpe la kalau you tak terjun. kalau I mati pun...
“I mati
sorang-sorang jela....” Perlahannya ayat terakhir itu menyentap tangkai hati Warda.
Terus dada Ejaz ditolaknya kuat dengan kerutan dahi yang maha hebat
“you cakap apa
ni!”
“nothing..” nada
yang terkeluar bunyi jauh hati. Langkah mula diatur pergi menuju ke kaki menara
besi setinggi empat puluh meter itu.
Hati kecil Warda
mula berlagu bimbang. Besar kecil, besar kecil je dipandang belakang tubuh Ejaz
yang semakin jauh melangkah.
“eii!! Lelaki ni kan...memang suka buat jiwa aku
kacau!!”
Kemudian pantas
kakinya berlari dan terus ditangkap tangan Ejaz, sekaligus menghentikan hayunan
kaki suaminya itu.
“you jump, I jump!” sekali nafas Warda
berkata bersama dada yang kelihatan berombak kecil menarik nafas yang sedikit
mengah.
Membulat mata
Ejaz tak percaya. Biar betul? “I salah dengar ke?” dilihat kening yang cantik
terbentuk itu dah ternaik sebelah
“one...two..three....” Warda mula membilang
dengan muka ketat.
“okay...okay...you jump, I jump.” Terus
tangan Warda ditarik dengan senyuman lebar yang tertampal dimuka tampannya.
“agak-agak kalau I suruh you berenang dengan I rentas lautan hindi ni pun you
sanggup agaknya kan?”
Herot senyuman
yang ditarik Warda. “a’ah...agak-agak kalau sanggup nak hilang kepala kena makan
dengan ikan jerung...you try la.”
“okay...nanti
kita try ek. Tapi sebelum tu baca doa
dulu supaya dilindungi dari jerung-jerung. Kalau jerung tu jerung jantan,
memang you ajelah yang kena baham.” Seusai itu tawa besar ejaz meletus